Soalan Lazim (FAQ)
Bagaimana untuk membuat permohonan untuk mengikuti kursus-kursus ICT?
Permohonan kursus boleh dibuat melalui laman web http://ekursus.terengganu.gov.my
Berapakah jumlah Pusat Komuniti Bestari yang terdapat di seluruh daerah Negeri Terengganu?Jumlah keseluruhan Pusat Komuniti Bestari adalah sebanyak 47 buah.
Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pusat Komuniti Bestari?
Pusat Komuniti Bestari menyediakan 13 buah unit komputer bagi kemudahan semua golongan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan Internet, mencetak (printer) dan mengimbas (Scanner). Selain itu, ia juga menyediakan kemudahan latihan ICT kepada masyarakat setempat bagi melahirkan masyarakat yang Celik IT. Semua kemudahan yang disediakan tidak dikenakan sebarang kos/caj perkhidmatan.
Bagaimana untuk membuat permohonan emel rasmi Kerajaan Negeri Terengganu?
Permohonan dibuka kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu sahaja dan permohonan dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak UPMN berkaitan pembelian komputer?
Pihak UPMN membantu kakitangan dengan memberi khidmat nasihat berkaitan spesifikasi komputer terkini sebelum sebarang pembelian dibuat.