Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman 2022

Ditulis pada .

     Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman telah diadakan pada 6 Julai 2022 bersamaan 6 Zulhijjah 1443 Hijrah. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Kamri Bin Anang yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 dan Encik Rasid Bin Muda yang bertugas sebagai Pembantu Operasi H11 di Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat sebagai penerima anugerah cemerlang pada kali ini. Terima kasih diatas komitmen dan pencapaian kalian sepanjang berkhidmat di jabatan ini.

 

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Terengganu Bilangan 1 2022

Ditulis pada .

             Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Bilangan 1 bagi tahun 2022 telah diadakan pada 29 Mac 2022 di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 3, Tingkat 2 Wisma Darul Iman. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Ybrs Tuan Haji Anuar bin Awang.

Mesyuarat Kick Off Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia & Dasar 4IR Negara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Ditulis pada .

Mesyuarat kick Off Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia & Dasar 4IR Negara  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap CIO, Ybrs. Tuan Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak. Antara agenda mesyuarat kick off ini adalah sesi pembentangan daripada wakil  MyDIGITAL Corporation (Unit Perancang Ekonomi JPM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan TAJDID.

Turut serta di dalam mesyuarat ini adalah Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, wakil Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Pengarah Tanah & Galian, Pejabat Perbendaharaan, Yayasan Pembangunan Usahawan dan Terengganu Telecommunication  (Tcomm).

Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat bertindak selaku urusetia dan penyelaras  RTEDM dan D4IRN bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu