Bahagian Pembangunan

Ditulis pada .

Unit Pembangunan Aplikasi

  1. Membuat analisa ke atas keperluan sistem aplikasi untuk kegunaan jabatan/agensi Kerajaan Negeri.
  2. Menyediakan model sistem aplikasi yang hendak dibangunkan.
  3. Merekabentuk pangkalan data,borang dan format input, laporan dan format output serta logik aplikasi.
  4. Membina dan membuat ujian sistem aplikasi yang dibangunkan.
  5. Menyediakan dokumentasi dan manual pengguna sistem aplikasi.
  6. Membantu dalam pemasangan sistem aplikasi dan latihan kepada pengguna.

Unit Perancangan dan Penyelidikan

  1. Membangun dan mengurus pelaksanaan Pelan Induk ICT Kerajaan Negeri.
  2. Membangun dan mengurus pelaksanaan Pelan Strategik ICT jabatan/agensi Kerajaan Negeri.
  3. Membuat kajian awal ke atas keperluan bagi perolehan dan peningkatan sistem aplikasi bagi kegunaan jabatan/agensi Kerajaan Negeri.
  4. Bertanggungjawab dalam membuat kajian ke atas keperluan teknologi perisian yang berkaitan dengan pembangunan aplikasi.

Unit Pembangunan Portal

  1. Memberi khidmat nasihat tentang pembinaan laman web jabatan/agensi kerajaan negeri.
  2. Memantau dan menyelaras pengemaskinian Portal Kerajaan Negeri Terengganu.
  3. Memberi maklumbalas ke atas pertanyaan melalui Portal Kerajaan Negeri Terengganu.