Latar Belakang

Ditulis pada .

SEJARAH PENUBUHAN UPMN

  • Kajian Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1986.
  • 6 Oktober 1987, Kelulusan Jawatankuasa Kewangan Negeri Dan Diangkat Kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • 9 April 1988, Kelulusan Daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • 1 September 1988, Unit Pengurusan Maklumat Negeri ditubuhkan.
  • Penggunaan Gelaran Baru di Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.

 

GELARAN BARU BPTM

  • Pentadbiran Negeri bersetuju untuk menggunapakai gelaran baru bagi ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
  • Pemakaian gelaran baru ini selaras dengan saranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyeragamkan Gelaran Jawatan diseluruh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
  • Penggunaan Gelaran Baru di Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.
 
PERANAN BPTM
  • Merancang Dasar Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Oleh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.
  • Memberi Bantuan Khidmat Perundingan Untuk Pembangunan Sistem Dan Perolehan Perkakasan Dan Perisian Bagi Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.
  • Menyelaras Dan Mengawasi Secara Menyeluruh Atas Penggunaan Komputer Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri.
  • Menyelaras Aktiviti Penyimpanan Data Atau Maklumat Oleh Semua Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.
  • Mengawal Operasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Berjalan Dengan Berkesan.
 

FUNGSI ORGANISASI

  • Menjadi Urusetia Kepada Jawatankuasa Pemandu Informasi Teknologi Negeri Terengganu (JPIT).
  • Menjadi Urusetia Majlis Informasi Teknologi Negeri Terengganu (SITC).
  • Meyelidik Dan Mengikuti Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Bagi Kegunaan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.
  • Menyelaras Dan Menganjurkan Latihan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Kepada Kakitangan Kerajaan/Agensi Negeri.
  • Menetapkan Piawaian Untuk Aktiviti Prosesan Data Bagi Agensi Negeri.