Perutusan SUB

Ditulis pada .

PUAN NUZULNISA BINTI BARUDIN @ KAMARUDIN

(Setiausaha Bahagian)

Perutusan SUB

 

   Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya merakamkan sepatah dua kata dalam ruangan ini . Pertamanya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kakitangan BPTM sendiri yang telah berusaha dengan gigihnya untuk membangunkan laman web unit ini khasnya dan laman web Kerajaan Negeri secara keseluruhannya . Laman Web Kerajaan Negeri telah dibangunkan secara berpangkalan data di bawah satu sistem yang khusus di mana data-data dapat dipinda dari semasa ke semasa dengan mudah serta dinamik bentuknya.

   Dalam arus perkembangan dunia Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) hari ini , Internet merupakan sumber maklumat yang paling cepat dan mudah dicapai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira tempat dan masa . Perkembangan pesat teknologi ini juga telah banyak memberi pelbagai kemudahan kepada penggunanya . Dalam hubungan ini Laman Web BPTM telah disusun bagi menyampaikan maklumat mengenai unit ini untuk pengetahuan dan kegunaan umum.

   Diharapkan melalui laman web ini masyarakat umum akan dapat mengenali BPTM dengan lebih dekat lagi serta dapat berinteraksi dengan kami melalui alamat mel elektronik yang disediakan . Ia juga bertujuan untuk berperanan sebagai media bagi mengumumkan aktiviti dan perkhidmatan yang kami sediakan.

   Paparan yang dibuat melalui laman web kami ketika ini walau bagaimanapun masih belum mencapai tahap kesempurnaan dimana masih banyak kelemahan - kelemahan yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa . Apa jua pandangan dan teguran membina adalah dialu-alukan bagi membantu unit ini dalam memenuhi kehendak serta harapan pengunjung-pengunjungnya.

Saya mengucapkan selamat melayari laman web kami dan berharap ia akan dapat memberi manfaat kepada semua.



Sekian, terima kasih .