Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

Ditulis pada .

Pada Jun 2024, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu melalui Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) dan Unit Perumahan telah berjaya mendapatkan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat atau nama ringkasnya ISMS daripada Cyber Security Malaysia (CSM). Pensijilan ISMS ini dibuat terhadap permohonan Rumah Mampu Milik Kerajaan Terengganu melalui SIstem Pengurusan Permohonan Rumah Mampu Milik (ePerumahan).
CSM telah mengadakan satu majlis apresiasi terhadap agensi yang mendapatkan pensijilan ISMS daripada badan bertauliah tersebut pada 7 Ogos 2024 yang lalu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Azhar bin Bidin, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Teknologi Maklumat) merangkap ICTSO Pejabat SUK Terengganu bersama Puan Nor Bahyah binti Abdul Rashid, Penolong Setiausaha Kerajaan (eGovernment).

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman Tahun 2024

Ditulis pada .

Kelab Wisma Darul Iman telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman Tahun 2024 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman pada 21 April 2024.Hadir sama Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Terengganu. Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (Kelab Virus) turut serta memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini. Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Raya pada tahun ini. Semoga ukhwah ini dapat kita kekalkan untuk program-program di masa akan datang.

 

Mesyuarat TECH.COM 2024 Peringkat Negeri Terengganu kali 2/2024

Ditulis pada .

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) telah mengadakan Mesyuarat TECH.COM 2024 Peringkat Negeri Terengganu kali 2/2024. Mesyuarat ini diadakan pada 19 Mac 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman.
 
Terima kasih diatas kehadiran SUB Puan Nuzulnisa Binti Barudin@Kamarudin dan pegawai Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat yang terlibat secara langsung dalam menjayakan mesyuarat berkenaan.