Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat
Pada Jun 2024, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu melalui Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) dan Unit Perumahan telah berjaya mendapatkan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat atau nama ringkasnya ISMS daripada Cyber Security Malaysia (CSM). Pensijilan ISMS ini dibuat terhadap permohonan Rumah Mampu Milik Kerajaan Terengganu melalui SIstem Pengurusan Permohonan Rumah Mampu Milik (ePerumahan).
CSM telah mengadakan satu majlis apresiasi terhadap agensi yang mendapatkan pensijilan ISMS daripada badan bertauliah tersebut pada 7 Ogos 2024 yang lalu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Azhar bin Bidin, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Teknologi Maklumat) merangkap ICTSO Pejabat SUK Terengganu bersama Puan Nor Bahyah binti Abdul Rashid, Penolong Setiausaha Kerajaan (eGovernment).